Friday, June 6, 2008

SUKAN & REKREASI - Sukan Zon Utara II


Karnival Sukan Zon Utara kali ke II telah diadakan di Taiping, Perak pada 3 Disember 2007. 4 pasukan telah mengambil bahagian iaitu PP Perak, PP Pulau Pinang, PP Kedah & KSOUM.

Acara yang dijalankan ialah sepaktakraw, futsal, bowling, netball dan badminton. Pada hari pertama sesi senamrobik yang diketuai oleh YBhg Dato' Wira Hj. Mohd Noor Salleh telah diadakan di Dewan Besar Kolej Multimedia, Taiping.

Majlis Makan Malam telah diserikan dengan persembahan dari semua PP dan telah diselangselikan dengan nyanyian dari warga OUM. Tuanrumah telah muncul juara bagi Karnival Sukan Zon Utara Ke II ini. Syabas. Jumpa di PP Kedah pada 2008 untuk Karnival Sukan Zon Utara Ke III.

Majulah sukan di OUM.


No comments: