Friday, June 6, 2008

SANTAI - BARONGAN DI BALI



13 Ogos 2007 - Sekumpulan 8 orang warga PP Kedah & Pulau Pinang telah melawat Bali

Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 km dengan lebar 112 km dan beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.

Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali dan meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai. Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua

Bilangan penduduk Bali ialah lebih kurang empat juta, dengan sebanyak 93% merupakan penganut Hindu. Agama lainnya termasuk Islam, Kristian dan Buddhisme. (Sumber - Wikipedia)




Bali terkenal dengan keunikan potret & lukisan yang dihasilkan oleh pelukis handalan. Kami beraksi di salah sebuah galeri.


Sedang menikmati nasi padang. Makanan Islam yang halal sukar dicari. Sekiranya sesiapa ke sana carilah Restoren Wong Solo Ayam Bakar atau Natrabu Minang.

Senja di Tanah Lot






Restoren Natrabu Minang

Di LCCT menanti pesawat pulang ke P. Pinang & Kedah. Mencuba set catur yang dibeli di Bali.

No comments: