Thursday, June 12, 2008

MAJLIS RAMAH MESRA WARGA OUM-SMK-KPM-DI JITRA, KEDAH

Majlis Ramah Mesra Pelajar-Pelajar SMK-KPM-OUM Wilayah Utara dengan Pengurusan Tertinggi OUM telah diadakan pada 23 Mei 2008.
Bertempat di Dewan Wawasan, Jitra Kedah majlis yang dihadiri oleh 190 orang pelajar,
penyelaras program, pensyarah-pensyarah telah dirasmikan oleh
Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM.
Turut sama memeriahkan majlis ialah Prof. Dr. Latifah Abdol Latif,
Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar, PM Dr. Widad Othman,
Dekan, Fakulti Pendidikan dan Bahasa serta Pengarah dan wakil Pengarah IPG terlibat.

Pelajar-pelajar ini datang dari 4 buah IPG di Wilayah Utara iaitu IP Perlis, IP Darul Aman, IP Sultan Abdul Halim dan IP Tuanku Bainun.


Majlis ini merupakan :-
Satu pertemuan dimana semua yang hadir saling mengenali dan mengeratkan silaturahim antara para pelajar dengan pengurusan tertinggi OUM dalam suasana yang sangat harmonis.
Satu platform bagi membincangkan pemantapan isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar-pelajar program SMK-KPM-OUM.
Satu hasrat untuk melahirkan penghargaan kepada semua yang bertanggungjawab dalam menjayakan program SMK-KPM-OUM ini.
Prof. Dr. Mansor Fadzil dalam ucapan beliau telah memberi pelbagai nasihat kepada para pelajar dalam mengharungi pembelajaran dan cara-cara mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau juga berharap pelajar-pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran agar dapat berjaya menjadi guru yang cemerlang kelak.
Prof. Dr. Mansor juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam program ini termasuk lah Pengarah, penyelaras dan pensyarah-pensyarah.

No comments: