PROGRAM KEMASYARAKATAN SEMESTER JANUARI 2008
PROGRAM CERIA SI MANJA
Program Kemasyarakatan merupakan aktiviti yang dijalankan 2 @ 3 kali setahun di PPW Kedah & Pulau Pinang. Bagi semester Januari 2008, lawatan ke hospital-hospital bagi menyampaikan sumbangan, menceriakan mereka yang sedang diuji dan mengucapkan tahniah kepada kelahiran baru telah diadakan.
Program yang diberi nama Program Ceria Si Manja ini adalah satu proses - pemantapan kepada fitrah menyumbang kepada yang memerlukan, satu tema - tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yagn menerima, satu penyatuan - tutor, pelajar, staf bersama dalam program yang mempunyai nilai murni.
Sebanyak 4 buah hospital telah dilawati dan sumbangan berupa buku-buku cerita, permainan dan hadiah asas bayi telah disampaikan kepada penghuni Wad Kanak-Kanak & Wad Bersalin. Di setiap hospital kami telah disambut meriah oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah serta barisan jururawat-jururawat wad-wad berkenaan.
LAWATAN 1 - HOSPITAL JITRA
28 Februari 2008







No comments:
Post a Comment