Thursday, June 12, 2008

HENTAM SAJA LA LABU.....



LEPAT LABU MANIS - HASIL TAMAN HERBA


Sumber : Fotosearch


Bahan-bahan:
setengah biji labu manis
1/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 sudu susu cair/susu segar
secubit garam
1 cawan tepung gandum
Daun pisang

Cara-cara:

1. Labu manis dipotong kecil dan direbus hingga empuk. Toskan hingga airnya kering & ditumbuk hingga lumat.
2. Campurkan gula merah, gula putih, garam dan kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
4. Bungkus dengan daun pisang(seperti di dalam gambar).
5. Kukus selama lebih kurang 20 minit.

Cubalah........

Ini labu orang putih ......
(sumber : Free Foto)



Buah labu tidak mengandungi kolesterol, dan 90 peratus kandungannya adalah air. Ia kaya dengan beta-karotina yang bertindak sebagai agen antioksidan yang dapat melindungi sel-sel daripada radikal bebas, salah satu penyebab kanser.


Beta-karotina bertindak sebagai barisan pertahanan pertama di dalam badan bagi meneutralkan serangan radikal bebas terhadap sel dan sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak.



Buah labu biasanya mempunyai tekstur padat dan renyah, dan mempunyai isi yang berwarna jingga atau kuning.

Biji buah labu mengandungi galian besi dan magnesium, yang sangat penting untuk kesihatan organ peranakan wanita selain kelenjar prostat pada lelaki.Hipertrofi prostat adalah salah satu penyakit yang digeruni kaum lelaki kerana kerosakan terhadap kelenjar menyebabkan kemandulan.

Kajian pelbagai pihak turut mendapati biji buah labu berupaya mengatasi masalah penyakit yang melibatkan pembesaran kelenjar prostat serta mampu mengembalikan daya seksualiti wanita.Di Eropah dan Amerika, biji labu merah popular sebagai ubat pencegah gangguan prostat.


(Sumber : Faizah Izzani Zakaria, BERNAMA)



No comments: