Monday, June 9, 2008

ANUAR BANGGAAN PP KEDAH


KARNIVAL SUKAN GELANGGANG
WILAYAH UTARA, DI IPOH, PERAK


Saudara Mohd. Anuar Abdul Rahim dari PP Kedah telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sewaktu bertanding acara futsal di Karnival Sukan Gelanggang di Ipoh pada 18 Mei yang lalu. Saudara Mohd Anuar ialah keeper pasukan PP Kedah dan tercedera semasa beraksi menangkap bola bagi menahan kemaraan lawan.


Walaupun tercedera namun Saudara Anuar tetap akan bertanding lagi di acara sukan akan datang yang bakal diadakan di Jitra, Kedah. Sewaktu ditemui di rumahnya, beliau dengan penuh semangat berjanji akan membantu PP Kedah membawa pulang trofi ke Negeri Jelapang
Padi ini. InsyaAllah.

Syabas, Saudara Anuar. Majulah sukan di PP Kedah.

Untuk mendapatkan berita penuh mengenai Karnival Sukan Gelanggang di PP Perak sila layari http://www.oum-perak.blogspot.com

1 comment:

DeDdroid said...

caya la bro..

majulah sukan utk duit!!! hahahahahahahahahahahaha