Saturday, June 7, 2008

HOSPITAL LANGKAWI

LAWATAN 2 - HOSPITAL LANGKAWI
12 MAC 2008













HOSPITAL JITRA


PROGRAM KEMASYARAKATAN SEMESTER JANUARI 2008

PROGRAM CERIA SI MANJA

Program Kemasyarakatan merupakan aktiviti yang dijalankan 2 @ 3 kali setahun di PPW Kedah & Pulau Pinang. Bagi semester Januari 2008, lawatan ke hospital-hospital bagi menyampaikan sumbangan, menceriakan mereka yang sedang diuji dan mengucapkan tahniah kepada kelahiran baru telah diadakan.
Program yang diberi nama Program Ceria Si Manja ini adalah satu proses - pemantapan kepada fitrah menyumbang kepada yang memerlukan, satu tema - tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yagn menerima, satu penyatuan - tutor, pelajar, staf bersama dalam program yang mempunyai nilai murni.
Sebanyak 4 buah hospital telah dilawati dan sumbangan berupa buku-buku cerita, permainan dan hadiah asas bayi telah disampaikan kepada penghuni Wad Kanak-Kanak & Wad Bersalin. Di setiap hospital kami telah disambut meriah oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah serta barisan jururawat-jururawat wad-wad berkenaan.



LAWATAN 1 - HOSPITAL JITRA
28 Februari 2008

Friday, June 6, 2008

SUKAN & REKREASI - OUM & UNITAR

BADMINTON - PERLAWANAN PERSAHABATAN
Perlawanan badminton persahabatan di antara PP Kedah dan Unitar Kedah telah diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Star. Pasukan PP Kedah diwakili oleh staff dan pelajar PP Jitra. Aktiviti yang berobjektifkan semangat setiakawan itu telah berjaya merapatkan lagi silaturahim pelajar & staf kedua-dua pusat pengajian tinggi utama di utara tanahair ini. Adalah diharap agar perlawanan seumpama ini akan diadakan di masa-masa akan datang.

SUKAN & REKREASI - Sukan Zon Utara II


Karnival Sukan Zon Utara kali ke II telah diadakan di Taiping, Perak pada 3 Disember 2007. 4 pasukan telah mengambil bahagian iaitu PP Perak, PP Pulau Pinang, PP Kedah & KSOUM.

Acara yang dijalankan ialah sepaktakraw, futsal, bowling, netball dan badminton. Pada hari pertama sesi senamrobik yang diketuai oleh YBhg Dato' Wira Hj. Mohd Noor Salleh telah diadakan di Dewan Besar Kolej Multimedia, Taiping.

Majlis Makan Malam telah diserikan dengan persembahan dari semua PP dan telah diselangselikan dengan nyanyian dari warga OUM. Tuanrumah telah muncul juara bagi Karnival Sukan Zon Utara Ke II ini. Syabas. Jumpa di PP Kedah pada 2008 untuk Karnival Sukan Zon Utara Ke III.

Majulah sukan di OUM.


SANTAI - Medan, Kotaraya Keriangan

October 2004 - Lawatan ke Medan yang hanya bertujuan untuk makan angin telah memberi pengalaman baru kepada 10 orang Pentadbir. Antara dapatan yang jelas ialah menikmati keindahan Danau Toba yang selama ini dibaca melalui buku-buku dan dilihat menerusi Astro.

Setelah mendaftar diri di Hotel Inna Dharma Deli, kami pun mula merancang untuk 'shopping'. Lokasi pertama ialah Pajak Ikan @ Pasar Ikan. Kami tidak menemui seekor ikan pun........... Mereka yang paling sibuk membeli ialah yang membawa pesanan keluarga. Lelah juga nak keliling Pajak Ikan.
Keesokan harinya rombongan Pentadbir menuju ke Danau Toba dan melawat Istana peninggalan kerabat di Raja Batak serta bermalam di sana. Tiba di sana mereka 'shopping' lagi......
Hari terakhir dihabiskan dengan 'shopping' lagi......
Danau Toba

Bergambar ramai di hadapan hotel.....kurang seorang!