Sunday, July 6, 2008

PERTANDINGAN FUTSAL WANITA OUM WILAYAH UTARA

Yahoo........ akhirnya permintaan pelajar-pelajar wanita untuk mengadakan Pertandingan Futsal Wanita OUM Wilayah Utara tercapai jua.
Pertandingan akan diadakan pada 09.08.08 di Sg. Petani, Kedah. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar, tutor & staff PP di Wilayah Utara iaitu:-
  • PP Kedah
  • PP Jitra
  • PP Kangar
  • PP Pulau Pinang & semua PP di bawah kelolaannya
  • PP Perak & semua PP dibawah kelolaannya
  • SMK IPP
  • SMK IPDA
  • SMK IPSAH
  • SMK IPTB

Gambar Hiasan dari UNICEF

Setiap pasukan mestilah mempunyai 6 orang peserta. Pasukan yang berminat untuk menyertai dikehendakki mengisi borang penyertaan yang boleh didapati daripada Cik Fazliana Ahmad Paiz di talian 04-4418582.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Julai 2008.

Sarungkan jersey anda, ikatkan tali kasut, tocangkan rambut @ rapikan kain tudung, pasangkan head band, dan kita bersedia untuk bertanding.

Pada yang lain, jom kita ramai-ramai menyaksikan aksi rakan-rakan di padang futsal.........

Gambar hiasan dari KSR&K Uda Mall

No comments: