Friday, June 6, 2008

SANTAI - CHINA, A LOT OF CHINESE....

Jauh berjalan, luas pandangan, beribu pengalaman.
Negeri China, salah sebuah negara di Asia Timur mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Negara yang mempunyai 22 buah provinsi ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Pada Disember 2007 yang lalu satu lawatan di kalangan pelajar & staff (dari PP Kedah, PP Johor & PP Sarawak) serta ahli keluarga mereka telah diadakan.

Tembok Besar China (Great Wall of China) yang panjanganya 6,352 km mula dibina pada 200 SM. Ia juga ternel dengan gelaran kubu terpanjang di dunia.


Negeri China juga mengalami 4 musim dan ketika lawatan ini kami merasai musim sejuk dan salji.

Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.
Dataran ini meliputi 40.5 hektar menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. (Sumber : Wikipedia)

No comments: