Thursday, June 5, 2008

TAMAN HERBA

SALAM

Hari ini kami dengan bangganya menunjukkan hasil pekebunan PP Kedah di Taman Herba yang telah bermula sejak Januari 2008. Selain daripada dapat mengelurkan peluh aktiviti ini juga memuaskan hati. Lebih-labih lagi apabila melihat sayur-sayuran yang ditanam tumbuh subur.


Jenis pokok dan sayur-sayuran yang ditanam ialah:-

Ubi Kayu ,
Kacang Sepat, Ubi Keladi, Kacang Botol @ Kacang Kelis, Cili @ Cabai, Kacang Panjang, Tomato, Ulam Raja, Labu, Serai

Enjoy the photos……..








Hentam saja la, labu.................







    Kacang panjang baru belajar menjalar

    Khasiat kacang panjang sangat banyak antara lain: antikanser, kanser payudara, leukemia, antibakteria, antivirus, antioksidan, gangguan saluran kencing, saluran kencing, buah pinggang, mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa, meningkatkan penyatuan DNA dan RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-beri, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang, sengal-sengal, pembengkakan, meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar.

    Dari Suara Karya Online











Serai kaya dengan kandungan “citral” yang dapat membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala…





Wujudkan Rimba Herba di setiap sekolah

KANGAR 10 Jun - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menyarankan agar semua sekolah di negara ini mewujudkan Konsep Sudut Herba atau Rimba Herba bagi menyemai rasa tanggungjawab serta kesedaran pelajar terhadap pentingnya sumber dan ilmu perhutanan.

Baginda bertitah, generasi baru perlu mempelajari dari awal persekolahan mengenai nilai sumber hutan terutama berkaitan ilmu perubatan tradisional.

"Ilmu perubatan tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita perlulah dipelajari dan diamalkan serta dibuat penyelidikan saintifik.

"Jika ini dibuat, perubatan tradisional dari sumber hutan boleh menjadi sumber ekonomi baru," titah baginda.

Menurut baginda, jika Konsep Sudut Herba atau Rimba Herba diwujudkan, ia secara tidak langsung dapat memberi perkhidmatan kepada pengembangan ilmu perhutanan kepada sekolah-sekolah.

"Kerajaan negeri juga perlulah menjadikan Rimba Herba sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan perubatan berasaskan sumber herba," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pesta Orkid Kebangsaan 2008 Peringkat Negeri Perlis dan Pertandingan Pengecaman Pokok Herba di Sungai Batu Pahat dekat sini, baru-baru ini. Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah. Raja Perlis turut menitahkan agar sumber hutan asli yang terdapat di negeri ini dimanfaatkan sepenuhnya.

"Hutan di negeri Perlis masih lagi mempunyai sumber asli yang unik dan kompleks. Terdapat berbagai jenis flora dan fauna di hutan-hutan negeri ini selain berbagai keilmuan perubatan yang belum diterokai.

"Jika ilmu perubatan tradisional dapat diterokai, ia boleh menjadi sumber ekonomi baru negeri Perlis," titah baginda.

Dalam pada itu Raja Perlis berharap pameran orkid yang diadakan dapat diteruskan bagi menggalakkan industri pelancongan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi kerajaan negeri.

"Rakyat negeri ini yang menggemari bunga orkid pula janganlah mengambil spesies tumbuhan itu di hutan sesuka hati kerana ia boleh mengakibatkannya pupus," titah baginda.


No comments: